Amerika Syarikat (AS) tidak melihat keperluan untuk melancarkan serangan baharu terhadap Iran susulan keberkesanan tekanan ekonomi
Key takeaways
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, menyatakan tiada keperluan untuk serangan ketenteraan baharu terhadap Iran kerana tekanan ekonomi yang dikenakan terbukti berkesan. Pernyataan ini dibuat ketika usaha diplomatik sedang rancak untuk menamatkan konflik yang berlarutan selama lapan bulan.
- Rubio berkata tekanan ekonomi Iran begitu dahsyat sehingga tiada keperluan operasi ketenteraan berskala besar.
- Teheran mendesak Washington menerima tuntutan untuk membuka semula Selat Hormuz.
- Washington mengenakan sekatan pelabuhan Iran dan kempen 'mencekik ekonomi' sejak Ogos lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tidak melihat keperluan untuk melancarkan serangan baharu terhadap Iran susulan keberkesanan tekanan ekonomi yang dikenakan ke atas negara itu, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.
Beliau berkata demikian ketika usaha diplomatik bagi menamatkan perang yang berlarutan selama lapan bulan semakin rancak, manakala Teheran terus mendesak Washington menerima tuntutannya bagi membuka semula Selat Hormuz.
Beberapa jam sebelum itu, Presiden AS, Donald Trump, menyatakan terdapat perkembangan positif ke arah penyelesaian konflik berkenaan.
“Tekanan ekonomi terhadap Iran begitu dahsyat sehingga ketika ini tiada keperluan untuk operasi ketenteraan berskala besar. Itulah yang saya sampaikan kepada sekutu kami hari ini,” kata Rubio selepas menghadiri mesyuarat menteri luar G7 di Paris semalam.