JASIN: Kerajaan dicadang memberikan peluang kepada semua banduan, menjalani separuh daripada tempoh hukuman di penjara dan bakinya menerusi tahanan di rumah.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah itu berdasarkan kepada mekanisme perundangan yang adil, telus dan terpakai secara sama rata.
Beliau berkata, cadangan itu perlu diperjuangkan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan setiap banduan mendapat layanan saksama tanpa mengira kedudukan, pangkat, pengaruh politik atau latar belakang.
Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) malah menyatakan kesediaan menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membiayai usaha NGO yang bersedia menyahut saranan berkenaan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
