PETALING JAYA: Sering lantang meninggalkan komen spontan di Threads, pelakon, Zila Bakarin kesal apabila dirinya dikecam dek kerana cuba mempertahankan kanak-kanak yang terkesan ketika melihat ibu bapa mereka berbalah.

Menurut Zila, dia berlapang dada menerima segala cacian yang bersifat keterlaluan dari netizen meskipun ada yang menyentuh tentang fizikalnya.

“Ramai betul hina fizikal saya, kata bibir besarlah, muka palsulah hanya kerana saya kasihankan dan pertahankan budak-budak.

”Ya, saya tidak cantik. Okey saya terima hinaan itu. Terima kasih semua yang menghina. Berhenti panggil saya ratu atau permaisuri Threads. Saya geli,” katanya.