Kangar: Sebanyak 11,000 liter minyak diesel bersama sebuah lori dan peralatan bernilai RM78,240 disita dalam serbuan serentak di sebuah kuari serta stesen minyak di sini, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Rohaida Hassan berkata, serbuan di Sungai Batu Pahat dan Beseri bermula jam 3 petang hingga 11.30 malam oleh 13 anggota penguat kuasa itu adalah hasil risikan selama seminggu, selain membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an di tapak kuari berkenaan.

Katanya, ketika serbuan dilakukan di kuari terbabit, pasukan operasi mengesan sebuah lori bernombor pendaftaran tempatan yang sedang cuba meninggalkan premis itu.