KOTA BHARU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor sah digugurkan sebagai exco kerajaan negeri berkuat kuasa pada Isnin lalu.Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam satu kenyataan pada Rabu.Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas itu sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tidak disambung dan mendapat perkenan Sultan Kelantan."Susulan perubahan itu, dua portfolio yang disandang Kamarudin iaitu Pelancongan dan Kesenian serta Warisan dan Kebudayaan akan diagihkan kepada dua exco sedia ada."Portfolio Pelancongan dan Kesenian akan dipangku oleh ADUN Guchil, Hilmi Abdullah manakala portfolio Warisan dan Kebudayaan pula akan dipangku ADUN Apam Putra, Zamakshari Mohamad," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menurut beliau pengambilalihan tanggungjawab berkenaan berkuat kuasa serta-merta."Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kamarudin atas segala khidmat yang diberikan sepanjang memegang jawatan exco."Amanah yang diberikan telah dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab," katanya.