Kepala Batas: Seorang lelaki dikejarkan ke hospital akibat melecur selepas rumah didiaminya di Kampung Kuala Bekah, Penaga di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, api turut memusnahkan lapan motosikal serta beberapa kereta yang diletakkan di dalam dan luar pekarangan rumah berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada jam 8.18 pagi tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda bersama BBP Kepala Batas bergegas ke lokasi.
"Dalam insiden itu terdapat seorang mangsa lelaki berusia 31 tahun mengalami cedera melecur. Mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba," katanya dalam kenyataan, hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)
