Kuala Lumpur: Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2026 bakal menjadi kejohanan buat Speedy Tigers untuk menguji kemampuan beberapa pemain muda, namun pada masa sama memastikan persiapan pasukan ke arah kempen kelayakan Sukan Olimpik tahun depan tidak terjejas.

Ketua jurulatih negara, Brendon Carolan berkata, kejohanan berkenaan sebahagian daripada perancangan jangka panjang pasukan selepas mengharungi saingan Sukan Asia Aichi-Nagoya dan kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026.

Menurutnya, barisan kejurulatihan mahu memberi peluang kepada beberapa pemain mendapatkan pendedahan di pentas antarabangsa, tetapi perlu bijak mengimbangi keperluan itu dengan persiapan menghadapi kelayakan Olimpik.

Beliau mengakui cabaran PSAS tidak boleh dipandang ringan, terutama dengan kehadiran pasukan berkualiti seperti Australia yang mampu menguji kekuatan skuad negara.