Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Kamal Adli, 40, mengingatkan kepada pengguna Threads agar bersabar dan menjadi 'pemerhati' sahaja terhadap kisah-kisah tular yang bertebaran di platform itu.
Kamal yang mendapat jolokan Ketua Presiden Threads didapati aktif memuat naik perkongsian hantaran setiap hari seperti isu semasa, keadaan cuaca dan cadangan topik menarik dibahaskan untuk menyapa netizen.
Pada masa sama, Kamal memohon 'rakyat Threads' agar terus mendoakan kebaikan buat ahli keluarga, kenalan rapat, sahabat dan sesiapa sahaja yang mendapat khabar gembira atau dan sebaliknya dalam kehidupan.
"Rakyat Thread.. sabar... tengok sahaja okay.. banyak hal viral di Thread ini. Cukup jadi pemerhati sahaja hal keluarga orang itu.. menahan diri semua.









