Kangar: Polis Kontinjen Perlis mempertingkatkan kawalan keselamatan dan risikan di sepanjang sempadan negeri ini susulan insiden letupan bom di Daerah Thung Wa, Wilayah Satun, Thailand, pagi tadi.
Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, pihaknya memandang serius dan sentiasa berwaspada terhadap insiden keganasan di selatan Thailand, khususnya di Wilayah Satun yang bersempadan secara langsung dengan negeri ini.
Katanya, susulan kejadian itu, arahan sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Daerah (KPD) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Perlis, terutamanya di pintu masuk utama negara.
"Kerjasama dan perkongsian maklumat dengan pihak berkuasa Thailand turut diperkukuh bagi mengesan serta menangani sebarang potensi ancaman lebih awal.








