TANGGA BATU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkukuh kawalan keselamatan sistemnya susulan dakwaan laman sesawang agensi itu menjadi sasaran serangan siber pada Selasa.Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya bagaimanapun belum menerima laporan lengkap berhubung insiden berkenaan.Menurutnya, SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan perkara itu."Kita sentiasa berharap serangan siber seperti ini tidak berlaku terhadap laman web kita kerana ia amat penting dalam pelaksanaan pilihan raya."Kita akan keluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau proses pengundian awal di SMK Kem Terendak di sini pada Selasa.Mengulas langkah pencegahan, Ramlan berkata, SPR bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan sistem agensi itu tidak dicerobohi.Katanya, tindakan melindungi sistem berkenaan sedang dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang ancaman keselamatan siber.
Dakwaan serangan siber: SPR perkukuh kawalan keselamatan laman sesawang

Key takeaways
SPR memperkukuh kawalan keselamatan laman sesawang selepas dakwaan serangan siber pada Selasa.
- SPR belum menerima laporan lengkap mengenai insiden serangan siber.
- SPR akan keluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.
- SPR bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencegah ancaman siber.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) ‘Kenapa sekarang?’ Peguam Shuhaily persoal dakwaan serangan pada 2015
- Malaysiakini (BM) PM: Dari siber ke makanan, M'sia perkukuh kesiapsiagaan
- Utusan Malaysia Rakyat belum sedia hadapi serangan siber
- Sinar Harian Dakwaan serangan siber: SPR perkukuh kawalan keselamatan laman sesawang (this story)
- Free Malaysia Today SPR kerjasama dengan SKMM selepas dakwaan serangan siber







