TANGGA BATU – Semua kutipan dana daripada orang awam, termasuk yang dilakukan oleh pemimpin parti politik, wajar disiasat dan bukannya hanya tertumpu kepada Tabung Solidariti RM50 juta bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, prinsip ketelusan dan siasatan perlu dilaksanakan secara adil tanpa mengamalkan pendekatan pilih kasih atau double standard.Menurut beliau, sekiranya terdapat desakan supaya sumber dana RM50 juta berkenaan didedahkan dan disiasat, pendekatan yang sama juga perlu dikenakan terhadap kutipan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu."Sebelum ini, pemimpin DAP yang kalah dalam petisyen atau kes mahkamah juga pernah merayu derma daripada orang awam. Saya difahamkan mereka turut mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan."Adakah perkara yang sama turut dilakukan? Saya cuma bertanya, jika dahulu ada pemimpin yang merayu orang ramai memberikan sumbangan selepas kalah dalam satu kes, adakah prosedur operasi standard (SOP) yang sama digunakan?"Tidak boleh ada pilih kasih dalam soal ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Ceramah Perdana Gelombang Biru di Taman Rambai Murni pada Isnin.Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, pihak berkuasa mempunyai ruang untuk mendapatkan maklumat berkaitan sumber dana berkenaan menerusi semakan akaun bank sekiranya dibenarkan oleh undang-undang."Saya rasa sesiapa yang mengutip derma secara terbuka juga sudah bersedia untuk disemak oleh pihak berkuasa sekiranya dibenarkan mengikut peruntukan undang-undang dan terdapat sebarang syak wasangka."Namun perkara ini terpulang kepada pihak berkuasa kerana mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian," katanya.Sementara itu, ketika ditanya sama ada MCA turut menyumbang kepada tabung berkenaan, beliau berkata sumbangan tersebut lebih menjurus kepada individu dan bukannya organisasi.Menurutnya, terdapat individu termasuk pemimpin serta ahli perniagaan yang tampil memberikan sumbangan secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing sehingga sasaran RM50 juta berjaya dicapai."Belum sempat beritahu apa-apa, ada yang sudah menyumbang, namun ia bergantung kepada kemampuan seseorang."Mungkin ada yang menyumbang lebih dan ada yang kurang, tetapi setiap sumbangan itu amat bermakna," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan isu kutipan Tabung Solidariti Najib Razak yang meningkat daripada RM9.25 juta kepada RM50 juta dalam tempoh 40 hari menimbulkan persoalan mengenai ketelusan sumber dana serta mekanisme pemantauan sumbangan politik di negara ini.Peningkatan kutipan tersebut mencetuskan desakan daripada beberapa pihak supaya siasatan dijalankan bagi memastikan sumber wang yang diterima tidak melibatkan unsur rasuah, pengubahan wang haram atau kepentingan tertentu.Antara yang membangkitkan isu itu ialah Datuk A Kadir Jasin yang berpandangan kutipan berjumlah puluhan juta ringgit dalam tempoh singkat memerlukan penjelasan yang lebih terperinci.Beliau turut m
Siasat semua kutipan dana, bukan hanya Tabung Solidariti Najib – Ka Siong

Key takeaways
Presiden MCA, Wee Ka Siong, menegaskan semua kutipan dana awam perlu disiasat secara adil, bukan hanya Tabung Solidariti RM50 juta untuk Najib. Ia menyeru prinsip ketelusan dan prosedur yang sama untuk semua sumbangan.
- Siasatan dana harus meliputi semua kutipan, bukan hanya Tabung Solidariti.
- Prinsip ketelusan dan tidak diskriminasi harus dipatuhi.
- Pihak berkuasa boleh semak akaun bank jika dibenarkan undang-undang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Lawatan delegasi Pulau Pinang ke Mesir bukan guna dana zakat - TKM I
- Harian Metro Terima kasih semua, hanya Allah yang mampu membalas
- Sinar Harian Siasat semua kutipan dana, bukan hanya Tabung Solidariti Najib – Ka Siong (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F11%2F19c0141944dc2cff4dbe6a8306988278.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

