SHAH ALAM – Seramai 231 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakar kejayaan apabila menerima pengiktirafan akademik menerusi Program Work-Based Learning (WBL 2.0) UiTM-MINDEF pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-105, Sidang Ke-17, pada Khamis.Kejayaan itu membabitkan graduan kohort pertama program berkenaan yang mengiktiraf pengalaman, kemahiran serta kompetensi sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai laluan mendapatkan kelayakan akademik.Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, pencapaian itu menjadi detik bermakna kerana anggota ATM berpeluang memperoleh kelayakan akademik yang diiktiraf tanpa mengabaikan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.Menurutnya, pengalaman dalam pelbagai bidang sepanjang perkhidmatan menjadi asas penting kepada anggota ATM untuk terus meningkatkan ilmu dan kelayakan akademik.Beliau berkata, kesediaan anggota tentera untuk kembali menuntut ilmu sambil melaksanakan amanah perkhidmatan mencerminkan komitmen tinggi terhadap pembangunan diri dan kerjaya.Program WBL 2.0 UiTM-MINDEF merupakan inisiatif strategik antara UiTM menerusi Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF).Ia bertujuan menyediakan laluan pendidikan tinggi kepada anggota ATM melalui penilaian berasaskan pengalaman serta kompetensi yang diperoleh sepanjang menjalankan tugas.Program yang dilancarkan pada 5 November 2025 itu melibatkan 231 anggota ATM bagi kohort pertama dengan penawaran lima program diploma.Lima program berkenaan ialah Diploma Pendidikan Islam, Diploma Pengajian Sukan, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat serta Diploma Seni Kulinari.Sementara itu, kesinambungan inisiatif berkenaan diteruskan menerusi Kohort 2 yang melibatkan 181 anggota ATM.Majlis perasmian kohort kedua berlangsung pada 26 Ogos 2026, manakala peserta dijangka menamatkan pengajian dan bergraduat pada 2027.Kejayaan kohort pertama itu turut mencerminkan komitmen UiTM dan iCEPS dalam memperkukuh agenda pembelajaran sepanjang hayat dengan mengiktiraf pengalaman kerja sebagai salah satu laluan memperoleh kelayakan akademik.Inisiatif berkenaan juga memperkukuh kerjasama strategik antara UiTM, MINDEF, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam memperluas akses pendidikan tinggi menerusi pembelajaran berasaskan pengalaman kerja.
Dua amanah digalas, 231 anggota ATM genggam diploma

Key takeaways
Seramai 231 anggota ATM menerima diploma di Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 melalui Program WBL 2.0 yang mengiktiraf pengalaman perkhidmatan mereka sebagai kelayakan akademik.
- Program WBL 2.0 UiTM-MINDEF dilancarkan pada 5 November 2025 untuk kohort pertama.
- Inisiatif ini menyediakan laluan pendidikan tinggi melalui penilaian berasaskan pengalaman dan kompetensi.
- Anggota ATM memperoleh kelayakan akademik tanpa mengabaikan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia ATM sasar penempatan anggota 50:50 di Sabah, Sarawak
- Sinar Harian Dua amanah digalas, 231 anggota ATM genggam diploma (this story)







