Kuala Lumpur: Cef Selebriti Anis Nabilah mengharumkan nama Malaysia apabila menerima penghormatan berprestij TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026 dalam sebuah majlis di ibu negara, baru-baru ini.

Anis atau nama sebenar Anis Nabilah Umaruddin berkata, dia berasa amat bersyukur atas penghargaan yang diterima sepanjang berkecimpung dalam bidang kulinari.

"Terima kasih kepada World Gourmet kerana memilih saya sebagai penerima TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026. Saya rasa sangat bersyukur dan terharu dengan penghargaan ini.

"Sepanjang perjalanan saya dalam bidang masakan, terlalu banyak pengalaman yangsaya lalui dan ramai juga yang telah memberi inspirasi kepada saya.