KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belum tiba masanya untuk mempertimbangkan rombakan Kabinet, susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang akan berakhir pada 11 Disember ini."Terlalu awal," demikian kata beliau ringkas, ketika ditanya sama ada kerajaan akan melaksanakan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.Beliau ditemui pada majlis perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, di sini.Amir Hamzah dilantik sebagai senator pada 12 Disember 2023 dan serentak dilantik sebagai Menteri Kewangan II.Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar, sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah. - Bernama
'Terlalu awal untuk rombakan Kabinet' - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa belum tiba masanya untuk mempertimbangkan rombakan Kabinet, susulan tempoh pelantikan Amir Hamzah Azizan sebagai senator yang akan berakhir pada 11 Disember ini.
- Anwar Ibrahim berkata terlalu awal untuk melaksanakan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
- Tempoh pelantikan Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara akan berakhir pada 11 Disember.
- Amir Hamzah dilantik sebagai senator dan Menteri Kewangan II pada 12 Disember 2023.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pertemuan Umno, MCA: Zahid kata positif, Wee kata terlalu awal
- Utusan Malaysia Rombakan Kabinet: Masih terlalu awal – Anwar
- Free Malaysia Today ‘Awal lagi’, kata Anwar berkait rombakan Kabinet
- Harian Metro Masih awal lagi untuk rombakan Kabinet - PM
- Sinar Harian 'Terlalu awal untuk rombakan Kabinet' - Anwar (this story)









