Kuala Lumpur: Sebarang rombakan Kabinet susulan perkembangan membabitkan kedudukan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan tempoh perkhidmatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara, masih terlalu awal untuk diperkatakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu masih awal untuk diputuskan.
"Masih awal lagi," katanya ditemui selepas merasmikan pembukaan Minggu Pembinaan Antarabangsa, di sini, hari ini.
Perdana Menteri ditanya mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dalam waktu terdekat susulan peletakan jawatan Loke dan tempoh perkhidmatan Amir Hamzah yang dijadualkan berakhir 11 Disember ini.








