MELAKA: Isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diyakini tidak akan menjejaskan kempen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu membabitkan hak pemimpin Barisan Nasional (BN) yang perlu dihormati semua pihak, tanpa mengira fahaman atau kecenderungan politik.

Beliau berkata, ini kerana setiap rakyat disabitkan dengan kesalahan jenayah, mempunyai hak untuk memohon pengampunan diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

"Setiap rakyat mempunyai hak di bawah perlembagaan, termasuk hak memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong selepas menjalani tempoh tertentu hukuman penjara.