Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata laporan berhubung perkara itu telah dibuat kepada pihak berkaitan sebagai langkah awal memastikan sistem SPR terus dilindungi.MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta pihak berkaitan bagi melindungi laman webnya daripada sebarang pencerobohan susulan dakwaan serangan siber.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata laporan berhubung perkara itu telah dibuat kepada pihak berkaitan sebagai langkah awal memastikan sistem SPR terus dilindungi.

"Kita telah bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku. Insya-Allah," katanya selepas meninjau proses pengundian awal PRN Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Sungai Udang, di sini.