Kuala Lumpur: Seramai 5,234 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kekuatan itu membabitkan 314 pegawai dan 4,920 anggota lain-lain pangkat, selain disokong ratusan aset darat dan air.

Beliau berkata, ATM turut menyediakan 589 aset darat serta 344 aset air untuk digerakkan ke kawasan terjejas banjir, manakala aset udara juga tersedia sekiranya diperlukan.

"ATM sentiasa bersedia sepenuhnya menghadapi Monsun Timur Laut seperti yang dilakukan setiap tahun.