LONDON: Bekas penyerang Portugal, Eder berpendapat Cristiano Ronaldo berhak menerima suasana perpisahan yang berbeza, berbanding cara dia mengumumkan keputusan untuk bersara daripada pasukan kebangsaan.

"Apa yang Ronaldo sumbangkan kepada bola sepak Portugal dan dunia hampir tidak dapat dinilai. Dia layak menerima segala penghormatan dan pengiktirafan. Ronaldo adalah seorang ikon," kata Eder.

"Tidak banyak perkataan yang boleh menggambarkan apa yang sudah dilakukannya. Ronaldo sememangnya layak menerima perpisahan yang berbeza."

Pada 5 November lalu, Ronaldo memuat naik video yang mengumumkan pengakhiran karier antarabangsanya, sekali gus menamatkan perjalanan selama 23 tahun bersama Portugal.