Shah Alam: Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (CMIWS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), mengorak langkah dalam penyelidikan keselamatan negara menerusi lawatan penandaarasan antarabangsa ke Detasemen Khusus 88 (Densus 88) dan Badan Nasional Penanggulangan Terorisme (BNPT), Indonesia baru-baru ini.

Lawatan itu bertujuan mendapatkan input bagi pembangunan dua instrumen penyelidikan, iaitu My-IPRR (Radicalisation Risk Assessment Instrument) dan My-IPPP (Psychological Profile Assessment Instrument), khususnya dalam menilai risiko radikalisasi dan ekstremisme berasaskan keganasan.

Pengarah CMIWS UiTM, Profesor Madya Dr Suhaimee Saahar berkata, lawatan berkenaan memberi peluang kepada penyelidik mendapatkan pandangan serta pengalaman secara langsung daripada agensi keselamatan Indonesia.