Shah Alam: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dalam perancangan membangunkan hospital wakaf pertama di negara ini dalam usaha mengatasi isu kekurangan katil pesakit serta kemudahan rawatan.
Pengerusi PWS, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, beberapa lokasi untuk membangunkan hospital itu sudah dikenal pasti antaranya di Bangi, Shah Alam dan Kota Kemuning.
Menurutnya, ketika ini perancangan pembinaan masih di peringkat awal dan perbincangan masih berjalan dengan pihak berkaitan.
"Menjadi aspirasi dan harapan PWS untuk membangunkan hospital wakaf. Hospital memang menjadi keperluan bukan sahaja di Malaysia. Di Selangor, memang tidak mencukupi katil untuk pesakit.









