Kuala Lumpur: Bukit Aman sedang mengesan rangkaian bekalan dadah di sebalik rampasan lebih 100 kilogram (kg) syabu bernilai lebih RM5 juta susulan penahanan seorang rakyat Malaysia di sempadan Brunei-Miri, bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat yang dikongsi pihak berkuasa Brunei sedang digunakan untuk mengenal pasti punca bekalan dadah itu, serta individu lain yang mempunyai kaitan dengan operasi pengedaran berkenaan.

Beliau berkata, suspek terbabit dipercayai dalam perjalanan membawa dadah terbabit dari Sarawak ke Sabah melalui Brunei apabila dia ditahan semasa pemeriksaan pada 31 Oktober.

"Kami dimaklumkan mengenai tangkapan membabitkan seorang warga Malaysia. Dadah berkenaan dibawa dari Sarawak ke Sabah, dengan suspek melalui Brunei.