Kuala Lumpur: Selangor FC mengesahkan sudah mengemukakan laporan bertulis secara rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Kelab itu dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan laporan berkenaan adalah untuk FAM meneliti dan menyiasat insiden yang berlaku ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA, Ahad lalu.
"Pihak kelab ingin memberi jaminan kepada semua pemegang taruh kelab, termasuk penyokong, bahawa pihak kelab komited untuk mempertahankan hak dan keselamatan pemain serta pegawai dalam apa jua keadaan.
"Selangor FC berpegang teguh kepada prinsip profesionalisme dan semangat kesukanan yang tinggi serta akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak FAM.









