MELAKA: Pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah bakal mengulangi kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), lapan tahun lalu.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, isu membabitkan Najib dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kembali mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengundi, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, tindakan UMNO membayar RM50 juta ketika tempoh berkempen bagi membolehkan Najib pulang ke rumah telah menimbulkan kemarahan rakyat yang melihat perkara itu sebagai tidak menghormati sentimen.

“Saya fikir isu ini telah membuat ramai orang sangat tidak berpuas hati. Kerana pada tahun 2018, disebabkan oleh 1MDB, disebabkan oleh Najib, itulah sebabnya mereka menumbangkan kerajaan BN.