KINSHASA: Republik Demokratik Congo (DRC) menjatuhkan hukuman mati terhadap 66 tentera kerana melarikan diri daripada pertempuran, memberontak dan ingkar arahan.
Hukuman itu diputuskan selepas 71 anggota dibicarakan di mahkamah tentera di Walikale, wilayah Kivu Utara, timur DRC. Empat anggota dibebaskan, manakala seorang lagi dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
Pihak tentera berkata, perbicaraan itu bertujuan memperkukuh disiplin dalam kalangan anggota ketika pasukan kerajaan berdepan kumpulan bersenjata di wilayah timur negara.
Wilayah itu bergolak sejak beberapa dekad lalu dengan pertempuran masih berterusan antara pasukan kerajaan dan Barisan untuk Penubuhan Semula Negara (FRN), gabungan pemberontak yang turut merangkumi M23.






