Kuala Lumpur: Tiket menyaksikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-38 di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, pada 12 Disember depan, mulai dijual, malam tadi.
Tiga kategori tiket ditawarkan kepada peminat iaitu Glam Zone yang menyediakan tempat duduk di bahagian hadapan pentas dan pengalaman karpet merah pada harga RM179 diikuti Fan Zone (RM99) dan Fan Arena (RM79).
Semua tiket boleh dibeli di www.wowtix.com.my (http://www.wowtix.com.my/) dengan peminat disaran membuat pembelian awal berikutan jumlah terhad.
Sabtu lalu, ABPBH 38 bertemakan 'Kitalah Bintang' dilancarkan dengan pendekatan baharu dalam usaha mendekati kelompok sasaran Gen-Z dan komuniti digital.









