KUALA LUMPUR: Tiket menyaksikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-38 bertemakan 'Kitalah Bintang' di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, pada 12 Disember depan, mulai djual, malam tadi.
Tiga kategori tiket ditawarkan kepada peminat iaitu Glam Zone yang menyediakan tempat duduk di bahagian hadapan pentas dan pengalaman karpet merah pada harga RM179 diikuti Fan Zone (RM99) dan Fan Arena (RM79).
Semua tiket boleh dibeli di www.wowtix.com.my. Peminat disaran membuat pembelian awal berikutan tiket yang dijual adalah terhad.
Sabtu lalu, ABPBH 38 dilancarkan dengan pendekatan baharu dalam usaha mendekati kelompok sasaran Gen-Z dan komuniti digital.









