MELAKA: Seramai 150 ahli BERSATU di Bahagian Hang Tuah Jaya mengumumkan keluar parti ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini memasuki fasa akhir.
Bekas Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Hang Tuah Jaya, Md Firdaus Mashor berkata, keputusan dibuat secara bersama selepas perbincangan dan muafakat antara kepimpinan dan ahli.
Menurutnya, keputusan berkuat kuasa serta-merta hari ini, dengan beliau turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Penerangan BERSATU Melaka.
Katanya, mereka turut menyatakan pendirian untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada PRN kali ini dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.









