Adam Adli berkata semua Ahli Parlimen terbabit kekal bebas dengan pendirian masing-masing, khasnya dalam peranan semak dan imbang di Dewan Rakyat.
Key takeaways
Pemangku Pengerusi PKR Melaka, Adam Adli, menegaskan bahawa Perjanjian Kerjasama (CSA) tidak mengikat pendirian politik Ahli Parlimen, membolehkan mereka kekal bebas dalam peranan semak dan imbang di Dewan Rakyat.
- Kerajaan menandatangani CSA dengan enam Ahli Parlimen Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq.
- Adam Adli menyatakan PH tiada masalah dengan kemungkinan pertembungan calon PH dan Bersatu di empat kerusi PRN Melaka.
- CSA bertujuan mengukuhkan pentadbiran dan membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar serta pembangunan negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Pemangku Pengerusi PKR Melaka Adam Adli berkata CSA bertujuan mengukuhkan pentadbiran dan membolehkan kerajaan fokus pelaksanaan dasar serta pembangunan negara.MELAKA: Pemeteraian perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) antara kerajaan dengan Bersatu serta Ahli Parlimen bebas semalam tidak mengikat pendirian mahupun keputusan politik mana-mana pihak, termasuk pada PRN Melaka 14 Nov ini.
Pemangku Pengerusi PKR Melaka, Adam Adli, berkata semua pihak terlibat dalam perjanjian itu kekal bebas dengan pendirian masing-masing, khasnya dalam peranan semak dan imbang di Dewan Rakyat sebagai pembangkang.
"Persetujuan ini sebenarnya langkah untuk mengukuhkan pentadbiran dan membolehkan kerajaan beri tumpuan terhadap pelaksanaan dasar serta pembangunan negara.