Johor Bahru: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu merempuh sebuah kereta di Jalan Banjaran Utama, Kempas di sini, semalam, disahkan warga asing.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Azrol Anuar Nor berkata, kejadian berlaku pada 10.46 malam membabitkan Toyota Harrier dan Honda Civic.
Beliau berkata, siasatan mendapati Toyota Harrier itu yang dipandu seorang lelaki warga asing berusia 32 tahun, yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Banjaran Utama, Kempas di sini.
Menurutnya, SUV itu kemudian bergesel dengan sebuah Honda Civic yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun.









