SHAH ALAM: Kerja pendalaman Sungai Pelempas akan dimulakan esok bagi melancarkan aliran air dan mengurangkan kesan banjir di Kampung Melayu Subang, manakala beberapa kolam takungan hujan di sekitar Elmina akan dibersihkan segera.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu antara tindakan segera diputuskan dalam Mesyuarat Khas Pelan Mitigasi Banjir dipengerusikan beliau hari ini, bersama-sama wakil jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan bagi menyelaras tindakan di kawasan terjejas.
"Saya sendiri akan turun meninjau lokasi berkenaan dalam masa terdekat bagi memastikan kerja mitigasi segera ini dilaksanakan dengan teratur dan pantas," katanya menerusi hantaran di media sosial.









