SUNGAI SIPUT: Seorang wanita maut manakala tiga lagi termasuk dua kanak-kanak perempuan terselamat selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Jalong Tinggi, Kampung Landap Kerbau, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian yang dilaporkan kepada pihak bomba kira-kira pukul 5.41 petang itu melibatkan empat individu berusia antara sembilan hingga 37 tahun.

Katanya, tiga mangsa iaitu lelaki berusia 27 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun berjaya diselamatkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Bagaimanapun, seorang wanita berusia 37 tahun ditemukan di tebing seberang sungai dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.