HULU SELANGOR– Seramai lapan individu dilaporkan hilang dibawa arus deras, manakala 19 lagi terkandas selepas kejadian kepala air yang berlaku di Sungai Pertak di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang, seramai 34 individu dalam kumpulan berasingan terlibat dengan insiden berkenaan, termasuk tujuh mangsa yang dilaporkan selamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu."Maklumat awal pada jam 6.37 petang, membabitkan lima warga Yaman yang melakukan aktiviti pendakian, seorang dilaporkan dihanyutkan arus manakala empat lagi selamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ashrul Riezal berkata, tiga minit kemudian, pihak bomba menerima satu lagi laporan membabitkan tujuh mangsa terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan dihanyutkan arus."Manakala tujuh lagi individu terkandas," katanya.Beliau berkata, kesemua 19 individu yang terkandas di tiga lokasi iaitu Lata Jerlus, Kem Luit dan Gunung Rajah berjaya dibawa turun ke kawasan selamat."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras," katanya.
8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air

Key takeaways
Lapan individu hilang dihanyutkan arus deras manakala 19 lagi terkandas selepas kepala air di Sungai Pertak, Hulu Selangor.
- 34 individu terlibat dalam kejadian kepala air pada Isnin di Sungai Pertak.
- 19 individu terkandas di tiga lokasi berjaya diselamatkan.
- Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mencari lapan individu yang hilang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today ‘Kalau tak lawan arus deras kami mungkin hanyut’
- Sinar Harian 8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air (this story)









