JOHOR BAHRU – Dua individu rentung apabila sebuah kereta jenis Mercedes dinaiki lima individu terbakar selepas terlibat kemalangan berhampiran Permas Jaya Golf Club, menghala ke Bakar Batu, di sini awal pagi Selasa.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, PBK I Razali Hussein berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.35 pagi.Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah kereta Mercedes dipercayai terbabas dan terbalik di tepi jalan sebelum terbakar sehingga 90 peratus."Seramai lima mangsa terlibat dalam kejadian itu dengan tiga daripadanya berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba."Seorang mangsa lelaki berusia 23 tahun mengalami kecederaan melecur di bahagian kaki dan tangan sebelum diberikan rawatan awal oleh anggota bomba," katanya.Beliau memberitahu, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam.Katanya, dua lagi mangsa ditemukan rentung di dalam kenderaan dengan identiti mereka belum dapat dikenal pasti."Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya."Kedua-dua mangsa yang rentung kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.47 pagi," katanya.
Dua rentung kereta dinaiki lima individu terbabas, terbakar

Key takeaways
Dua individu terbakar dalam kemalangan kereta Mercedes yang terbabas, lima orang terlibat dengan tiga berjaya keluar.
- Kemalangan berlaku di Johor Bahru awal pagi Selasa.
- Satu lelaki berusia 23 tahun mengalami kecederaan melecur dan dihantar ke hospital.
- Dua lagi mangsa ditemukan rentung di dalam kenderaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Dua maut kenderaan dinaiki terbabas di Tanjong Malim
- Utusan Malaysia Dua maut kenderaan dinaiki terbabas di Tanjong Malim
- Sinar Harian Dua rentung kereta dinaiki lima individu terbabas, terbakar (this story)
- Utusan Malaysia 2 rentung, 3 cedera kereta terbalik dan terbakar
- Berita Harian 2 rentung, 3 cedera kereta terbalik dan terbakar









