SIBU – Tawaran pekerjaan bergaji lumayan di luar negara boleh bertukar menjadi perangkap sindiket jenayah antarabangsa, apabila pencari kerja diperdaya sehingga dipaksa menjalankan kegiatan penipuan dalam talian.
Pengerusi Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Asia Tenggara (Seaweed), Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, golongan muda khususnya lepasan sekolah, antara yang mudah terperdaya dengan tawaran gaji tinggi, serta pelbagai kemudahan menarik diiklankan menerusi media sosial.
Beliau berkata, mangsa lazimnya hanya menyedari diperdaya selepas tiba di negara destinasi apabila pasport mereka dirampas, pergerakan disekat dan dipaksa melakukan pekerjaan yang sama sekali berbeza daripada tawaran asal.










