PETALING JAYA – Pelakon Ben Amir mendakwa kebanyakan konsert hiburan pada masa kini sarat dengan elemen ritual pemujaan, simbolisme dan okultisme yang didakwa bertujuan memesongkan pemikiran masyarakat.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 36, berkata, dakwaan tersebut bukan sahaja melibatkan konsert hiburan, malah turut dikaitkan dengan upacara pembukaan acara sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

“Sekarang ini orang patut tahu bahawa kebanyakan konsert memang ada ‘ritual’ (pemujaan) syaitan, simbolisme dan okultisme. “Upacara pembukaan Olimpik dan Piala Dunia pun sama.

“Sesatkan mereka, itu rancangannya,” katanya menerusi satu hantaran dalam Threads.