Hulu Selangor: Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan pagi ini, menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
"Seorang lagi mangsa ditemukan berhampiran kawasan sama pada jam 10.20 pagi, kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi kejadian.
"Semua mangsa kini dalam usaha dikeluarkan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.









