Ramallah: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pihak Berkuasa Palestin memberi amaran bahawa musim sejuk yang bakal tiba boleh memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pegawai kedua-dua pihak pada sidang media di bandar Ramallah, Tebing Barat pada Isnin berkata lebih dua juta penduduk bergantung kepada tempat perlindungan dan bantuan kemanusiaan.
Menteri Pembangunan Sosial Pihak Berkuasa Palestin Sameh Hamad berkata ratusan ribu rakyat Palestin masih tinggal di khemah dan tempat perlindungan sementara susulan pengeboman Israel.
Beliau berkata 84 peratus penduduk ditempatkan di pusat perlindungan kecemasan yang sesak, manakala lebih 65 peratus keluarga tinggal di khemah dan tempat perlindungan sementara.










