WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat dakwaan kegiatan pengintipan China yang dikaitkan dengan hubungan sulit membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin, bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada Huang sendiri turut disiasat.

Syarikat pengeluar cip AS, Nvidia sebelum ini memulakan siasatan dalaman susulan laporan Huang menjadi sasaran ejen perisikan asing.

Siasatan itu akan diselia oleh anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan bersama penyiasat luar.