Bangkok: Pihak berkuasa Thailand sedang menyiasat pemilikan tanah dan kepentingan perniagaan ketua rabai (ulama Yahudi) negara itu susulan keputusan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul, melucutkan kewarganegaraannya. baru-baru ini.
Siasatan membabitkan 19 syarikat yang dikaitkan dengan Rabbi Yosef Chaim Kantor bagi menentukan sama ada struktur pemilikan masing-masing mematuhi undang-undang Thailand.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Polapee Suwanchawee berkata, pihak berkuasa turut meneliti tanah yang diperoleh Kantor ketika masih menjadi warga Thailand serta status kewarganegaraan ahli keluarganya yang mendapat taraf itu menerusi beliau.
Katanya, pihak berkuasa boleh mengarahkan tanah dijual atau membekukan serta melupuskan aset lain sekiranya mendapati berlaku pelanggaran undang-undang termasuk penggunaan rakyat Thailand sebagai proksi untuk menyembunyikan pemilikan asing.








