SEPANG: Pertahanan muda skuad Harimau Malaya, Ubaidullah Shamsul Fazili optimis ketiadaan beberapa tonggak pertahanan tidak akan memberi begitu banyak kesan terhadap persiapan pasukan menjelang dua aksi persahabatan Tier 1 menentang China dan Yaman.
Jelas pertahanan Terengganu FC (TFC) itu, kemasukan beberapa pemain baharu sekali gus melengkapkan skuad pada panggilan kali ini juga bukanlah satu masalah memandangkan sebahagian besar daripada mereka pernah menyarung jersi kebangsaan sebelum ini, sekali gus memudahkan proses keserasian dalam pasukan.
"Saya rasa tidak ada beza jauh pun. Pemain yang sama yang pernah juga bersama skuad kebangsaan sebelum ini. Jadi, saya tidak rasa benda itu satu perkara yang baru untuk kita bagi kem kali ini.





