KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memperkukuh keupayaan membangunkan teknologi sendiri dan tidak hanya bergantung kepada import serta penggunaan teknologi dari negara luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata negara sememangnya perlu mempelajari dan mengambil teknologi terbaik dari Barat mahu pun Timur, namun penggunaannya perlu disesuaikan dengan keperluan domestik serta kepentingan nasional.

Beliau berkata, pendekatan mengambil teknologi tanpa mengambil kira perbezaan iklim, persekitaran dan keutamaan tempatan antara faktor yang menyebabkan kelemahan dalam pembangunan bandar, termasuk bandar moden.

"Kita mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang bukan sekadar mengimport dan menggunakan teknologi.