Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada 13 Okt lalu ketika hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. (Gambar Bernama) SHAH ALAM: Seorang lelaki yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana didakwa melakukan ritual agama bertentangan dengan hukum syarak akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah esok.
Jais dalam kenyataan memaklumkan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Rawang pada 10 pagi.
“Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (Pemujaan Salah) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan penahanan lelaki berusia 21 tahun itu bersama-sama ibunya berusia 52 tahun di Kuala Lumpur pada 13 Okt bagi membantu siasatan kes tersebut.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAbdulHadiAwang1_317199.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

