KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu segera memohon pendengaran mahkamah bagi memperjelas status hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair, Dr Armin Baniaz Pahamin, berkata penjelasan mahkamah penting kerana status hukuman SRC menentukan lokasi Najib menjalani baki hukumannya yang turut memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara 15 tahun dalam kes 1MDB.

"AGC juga perlu memaklumkan kepada umum garis masa tindakan bagi mendapatkan penentuan mahkamah, selain menjelaskan asas undang-undang bagi sebarang penangguhan pelaksanaan tahanan di rumah yang berterusan.

"Sekiranya tiada halangan undang-undang, Jabatan Penjara perlu melaksanakan tahanan di rumah tanpa lengah.