KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas cuti akhir minggu yang panjang sempena Deepavali walaupun terdapat sentimen positif di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.70 mata kepada 1,605.88 berbanding 1,616.58 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi 9.97 mata kepada 1,626.55.

Bagaimanapun, keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 640 berbanding 67 manakala 155 kaunter tidak berubah, 1,911 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.