​Kuala Lumpur: Selepas hampir empat dekad berbakti kepada negara, perkhidmatan kenderaan perisai Radpanzer Condor dan Sibmas kini secara rasminya dilupuskan.

​Pelupusan aset ketenteraan itu dilaksanakan menerusi kaedah pemusnahan sebagai sebahagian daripada persediaan pengunduran dan penarikan balik pasukan menjelang pengakhiran misi pengaman MALBATT 850-13 di bawah mandat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

​Menurut kenyataan Pasukan Pegawai Maklumat Awam (PIO) MALBATT 850-13, kenderaan perisai Condor sudah berkhidmat selama kira-kira 40 tahun itu simbol keteguhan dan ketahanan aset tempur Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

​"Menyusuri bumi Lubnan bersama kontinjen pengaman Malaysia selama hampir dua dekad, kenderaan ini bukan sekadar perkakasan ketenteraan.