KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan pelabur terus menilai perkembangan ekonomi global dan prospek kadar faedah AS.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.0550/0610 berbanding dolar AS daripada 4.0565/0610 semasa ditutup pada Jumaat.

Pasaran ditutup pada Isnin berikutan cuti gantian Deepavali.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelabur akan memantau dengan teliti data inflasi AS yang akan dikeluarkan tidak lama lagi memandangkan bacaan inflasi yang lebih rendah boleh memberi tekanan kepada hasil Perbendaharaan AS dan dolar AS, yang menyediakan sokongan kepada ringgit.