WASHINGTON: Lembaga Keamanan pada Isnin memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza, susulan banjir sejak dua hari lalu yang menenggelamkan puluhan ribu khemah dan tempat perlindungan sementara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Keadaan ini bukan lagi sekadar ancaman akibat musim sejuk yang semakin hampir, sebaliknya sudah menjadi kecemasan kemanusiaan yang memerlukan tindakan segera.
"Kemasukan dan pengagihan segera bekalan penting termasuk bahan untuk tempat perlindungan, kemudahan sanitasi, sistem saliran serta keperluan menghadapi musim sejuk amat penting bagi melindungi nyawa orang awam," menurut lembaga itu dalam kenyataan.
Lembaga itu memaklumkan pihaknya berulang kali memberi amaran mengenai risiko banjir dan keadaan tempat perlindungan yang semakin merosot, selain menggesa semua pihak menunaikan komitmen masing-masing berdasarkan Pelan Damai Komprehensif Presiden Donald Trump.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F5434533443543_959706.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)