Beijing: Selepas membelanjakan lebih 2 juta yuan (kira-kira RM1.22 juta) untuk membeli pangsapuri lama dan bersara pada usia 30 tahun, keputusan seorang tuan rumah muda beralih daripada pendapatan sewa kepada dividen pelaburan menarik perhatian masyarakat di seluruh China.
Fan Junjie, yang berasal dari Jilin di timur laut China, berpindah ke Changsha untuk bekerja, lapor South China Morning Post (SCMP).
SCMP yang memetik portal media tanah besar China, Sanlian Life Laboratory menyatakan beliau pernah mengharungi jadual kerja yang memenatkan sehingga 18 jam sehari dalam bidang jualan perkhidmatan kesihatan Internet.
Selepas terbiasa dengan harga hartanah yang tinggi di bandar utama, beliau melihat pangsapuri lama di pusat bandar Changsha sebagai peluang pelaburan berbaloi. Sesetengah unit berharga serendah 300,000 yuan (kira-kira RM182,000), termasuk kos pengubahsuaian.






