Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 36, meluah rasa syukur kepada suami dan keluarga yang berjaya merealisasikan majlis perkahwinan indah buatnya.

Menerusi hantaran dimuatnaik di Threads hari ini, Dr Fie berkongsi rasa hatinya yang sentiasa mengingati dan berserah kepada Allah dalam doa-doa dititipkan pada saat berhadapan ujian kehidupan.

"When the world feels overwhelming, turn your heart back to Allah. He knows the battles you never speak of and the prayers you whisper in silence. (Apabila terasa berat nak ditanggung, kembalilah kepada Allah. Dia Maha Mengetahui segalanya dan berdoa).

"Thank you semua yang hadir ke majlis kami. Yang paling penting, terima kasih kepada ahli keluarga saya dan juga keluarga suami saya. Kami tidak mungkin dapat menjayakan majlis ini tanpa anda semua," tulisnya.